Friday, August 27, 2010

Cermin Diri Baiki Hubungan


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Sudah lama tidak mencoret dalam blog ini memandangkan keterbatasan waktu.
Dalam bulan yang mulia ini, tergerak di hati untuk berkongsi sedikit pengalaman sewaktu bersuri dengan Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari. Seorang ulamak yang disegani. Pakar hadith, pakar al-Quran.Sehinggakan Universiti Al-Azhar ada mempelawa agar beliau bergabung dengan Al-Azhar di bawah Yayasan Al-Banjari. Pendukung Tarekat Syazili.

Disebabkan sewaktu itu isu Sheikh Abdul Wahid Salam Bali dan 2 kitab karangannya hebat diperkatakan, maka saya membuka mulut untuk bertanya pendapat Sheikh. Ini disebabkan berbagai pendapat telah dikeluarkan. Ada yang mengecam, ada yang menyokong dan ada yang hanya berdiam diri. Pada asalnya, saya ingat isu ini sudah tamat, jadi tak perlulah saya berkongsi isu ini. Tapi sejak kebelakangan ini, isu ini berbunyi lagi.

(p/s:sudah ada forumer yang jumpa Sheikh Nuruddin bertanyakan isu yang sama, ada diterangkan dalam blog sebelah)


Pada kesimpulannya, Sheikh Nuruddin membenarkan penggunaan kaedah Sheikh Abdul Wahid Salam Bali dalam rawatan. Begitu juga untuk 2 kitab karangannya, iaitu Wiqayatul Insan min al-Jinn wa al-Shaytan dan As Sorimul Battar fi at Tasoddi li as Saharati al Asyrar, Sheikh Nuruddin tidak menghalang penggunaan kedua-dua kitab ini. Insyallah kalau ingin penjelasan lanjut, keluarkan belanja, laburkan masa jumpa ulamak, bentangkan masalah supaya segalanya jelas. Agar tidak lagi kita menjaja isu2 yang akan memecah belahkan sesama kita. Jangan kita menjadi punca orang lain membuat dosa.

Sekarang jelaslah segalanya, tak usahlah lagi kita membuat keputusan sendiri untuk meghakim seseorang tanpa rujukan yang jelas. Ini akan membawa padah pada diri kita sendiri. Hentikanlah tuduh menuduh, hentam menghentam. Jagalah hati sesama Islam. Sekali terguris, sukar untuk diubati. Dosa dengan Allah swt boleh kita taubat dariNya, tetapi dosa sesama insan, kita perlu jumpa dan pohon maaf dari mereka. Adakah sudah cukup amal kita untuk merebut redha Allah bagi menghuni syurga-Nya?

KUBURKAN FITNAH, SUBURKAN MAHABBAH!!!

Wallahukalam...

Sunday, April 18, 2010

Aman Malaysia

Alhamdulillah, Duta Keamanan telah sempat jumpa otai2 dari beberapa Team pusat rawatan. Semua bagus2.Semoga Allah swt mengeratkan kembali silaturahim yang telah terjalin.

Apa yang kusut kita uraikan.
Apa yang keruh kita jernihkan.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perut...
YA ALLAH!!! PANDANGLAH KAMI DENGAN PANDANGAN RAHMATMU!!!

Anggaplah hati kita umpama lautan,
Hati sahabat umpama kaca..

CARI TITIK PERTEMUAN!!!

Thursday, April 15, 2010

Lidah setajam pedang

Jangan bukak aib orang.
Jangan guris hati orang.
Jangan hina orang.
Mungkin yang dihina itu lebih baik dri penghina.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

"Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksaan yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah al-Nur, ayat 19)

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.” (HR Muslim)

Jangan sampai Allah buka aib kita. Nauzubillah.

Wednesday, April 7, 2010

Perjalanan menuntut ilmu

Keistimewaan menuntut ilmu cara Nabi Muhammad SAW (jazbah, takzim dan cinta untuk belajar kehidupan nabi melalui pergaulan dan memerhati serta mencontohi kehidupan guru) apabila bertambah ilmu, merasa bertamba jahil dan merasa kurang ilmu.

Dan cara menuntut ilmu dewasa ini menyebabkan seserang rasa puas melebihi kadar pertambahan ilmunya. Kemudian dari perasaan puas itu lahir perasaan bangga dan sifat takabur dalam dirinya. Dan sifat takabbur tidak akan memasuki syurga. Merasa bangga atas ilmu itu akhirnya semangat untuk menambah dan meningkatkan ilmunya akan terhenti.

Friday, March 26, 2010

Gugur daripada pandangan Allah swt

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah R.A., beliau berkata bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda, "Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar mereka akan diluputkan dari keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah swt," (Dipetik dari kitab Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim Tirmizi.)

Tuesday, March 2, 2010

Perbaharui Niat

Satu perkara yang nak dikongsikan bersama. Petikan dari kata-kata orang alim.

"Apabila seseorang hamba ingin memulakan sesuatu kebaikan, maka syaitan akan menghalanginya dengan berbagai cara dan menyyempitkan jalannya serta menimbulkan rintangan.

Jika halangan itu tidak berjaya, maka syaitan akan gunakan jalan lain iaitu merosakkan niat dan keikhlasan atau menyuntik perasaan ria' dan sum'ah (supaya dikenali). Dan sering juga mencabangkan maksud dan tujuan supaya timbul niat lain. Syaitan selalu berjaya dalam muslihat ini.

Maka ahli agama hendaklah awasi tipu daya ini dan sentiasa memeriksa niat kita. Niat hanya kerana Allah jangan bercampur dengan tujuan lainnya yang menyebabkan amalan tersebut tidak diterima"

Tuesday, February 23, 2010

Hakikat Yang Pahit

Dalam satu taman yang indah,
Dipenuhi dengan bunga bunga yang beraneka warna,
Diairi dengan sungai yang manis airnya,
Nyaman udaranya,
Segar pandangan matanya,
Siapa yang melalui akan rasa nikmatnya,

Tapi semua ini tak akan dipandang oleh satu jenis makhluk,
Taman, bunga, sungai, udara
semua dibaling ke belakang,
digondolnya taman itu,
Dipijaknya bunga bunga,
Dikotori sungai yang manis airnya,
Mencari najis,
Menjadi keagunganya,

Rasa hebat dari yang lain,
Najis sendiri disimpan,
Najis lain lagi dicari,
Hilang seri yang ada,
Punah diri sendiri,
Hilang saudara,
Hilang teman.
................