Tuesday, February 23, 2010

Hakikat Yang Pahit

Dalam satu taman yang indah,
Dipenuhi dengan bunga bunga yang beraneka warna,
Diairi dengan sungai yang manis airnya,
Nyaman udaranya,
Segar pandangan matanya,
Siapa yang melalui akan rasa nikmatnya,

Tapi semua ini tak akan dipandang oleh satu jenis makhluk,
Taman, bunga, sungai, udara
semua dibaling ke belakang,
digondolnya taman itu,
Dipijaknya bunga bunga,
Dikotori sungai yang manis airnya,
Mencari najis,
Menjadi keagunganya,

Rasa hebat dari yang lain,
Najis sendiri disimpan,
Najis lain lagi dicari,
Hilang seri yang ada,
Punah diri sendiri,
Hilang saudara,
Hilang teman.
................

Mencari Sinar Baru

Assalamualaikum wbt...

Insyallah melalui blog ini, DPuaka berharap, siapa saja saudara sekalimah kita dapat bergabung bersama. Tak kiralah daripada mana-mana pertubuhan, mana-mana perguruan, mana-mana pengajian, mana-mana Darul.

Semua kita sekalimah. Kita semua saudara. Antara kita mungkin ada tak sefahaman pendapat, ada terkhilaf.

Jangan lihat buruk orang, lihat buruk kita. Jangan lihat baik kita, lihat baik orang. Cuba kita cari titik pertemuan, titik persamaan. Moga2 Allah swt menyatukan kita kembali atas satu titik yang sama.

LAILAHAILLAH
MUHAMMADURASULULLAH.

Monday, February 22, 2010

Ubat Hati

Ini saja DPuaka nak share lagu@nasyid yang dikarang oleh Sunan Bonang, salah seorang dari Wali Songo. Lagu Jawa ini masih lagi dinyanyikan oleh santri-santri di pesantren di Indonesia. Sedikit sebanyak ia berkisar mengenai cara nak baiki hati untuk mendekatkan diri kita kepada Robbul Jalil. Dan ramai artis2 nyanyikan lagu ini. Confirm D,D,D lain dah tahu lagu nih...Untuk renungan bersama. Layanzzz...

Tombo Ati

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Kuran lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang soleh kumpulono
Kaping papat wetengiro ingkang luwe
Kaping limo zikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Ubat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima zikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Allah taala mencukupi

Wednesday, February 17, 2010

Saleum

Ini merupakan satu ucapan dari bahasa Acheh yang dapat kita sama2 kongsikan. Ini DPuaka baru perolehinya, dan DPuaka ingin kongsikan bersama.

Saleum

Assalamualaikum Warahmatullah
Jaro dua blah
Athuh jemala
Jaro non siploh
Di athuh ule
Maeh lon lake
Bak kaum bum na
Jaro non siploh
Di athuh ubun

Assalamualaikum
Lun tego sapa
Jaro non siploh
Bhe o si ku ree
Syarat ulon ken
Tanda mulia
Jaro si ku ree
Lem bu ok lapan
Gelan to timpan
We an to kaya
Jaro non lapan
Lem bu ok luyuh
Ranuk lambung koh
Lonjok ke gantang

First Intro

Mencari dan menyelamat (M&M) (bahasa Inggeris: search and rescue) merupakan satu kegiatan dan usaha mencari, menolong, dan menyelamatkan nyawa manusia yang hilang atau dikhuatiri hilang atau berada dalam satu kejadian yang membahayakan nyawa seseorang seperti pelayaran, penerbangan, dan bencana.

Operasi M&M dijalankan tidak mengira daerah mahupun di kawasan yang mencabar seperti laut, hutan, gurun, tetapi juga dijalankan di kawasan bandar. Operasi M&M dilakukan oleh pasukan yang bertauliah dan mempunyai teknik yang tidak membahayakan pasukan bantuannya sendiri mahupun mangsa yang ingin diselamatkan.

Ia juga dilaksanakan terhadap sebarang insiden melibatkan penerbangan seperti pesawat terhempas, pendaratan cemas dan sebagainya, sementara pada kejadian melibatkan pelayaran sekiranya terjadinya mana-mana kapal atau bot didapati tenggelam, terbakar, pelanggaran, terkandas dan lain-lain. Begitu juga dengan adanya kejadian yang lain seperti kebakaran, bangunan runtuh, kemalangan kereta api dan lain-lain.

Sekiranya melibatkan bencana alam, operasi M&M merupakan salah satu unit yang bertindak pantas dalam operasi menyelamatkan mangsa bencana alam. Unit tersebut terdiri daripada pencegahan (mitigation) , persediaan (preparedness), gerak balas (response) dan pemulihan (recovery), di mana operasi M&M merupakan bahagian dari tindakan pantas menyelamat jiwa manusia.

Dalam bidang pelayaran dan penerbangan, segala aspek yang meliputi operasi ini termasuklah aspek keselamatan dan situasi keadaan yang telah diatur oleh badan antarabangsa IMO dan ICAO melalui persidangan antarabangsa. Sebagai melicinkan operasi M&M, Manual Iamsar diterbitkan sebagai latihan bagi negara anggotanya dalam perlaksanaan operasi M&M untuk melakukan pelayaran dan penerbangan. Untuk menyeragamkan tindakan agar hasil yang maksimum dapat dicapai, sistem M&M (sistem mencari dan menyelamat) digunakan dan ia perlu difahami oleh semua agensi yang terlibat.

Operasi M&M ini banyak melibatkan agensi keselamatan baik dari pasukan tentera, polis, bomba, agensi keselamatan awam dan sebagainya. Demikian juga sesuai dengan pengurusan IMO dan ICAO di setiap negara wajib melaksanakan operasi M&M. Institusi yang bertanggungjawab dalam operasi M&M di setiap negara disesuaikan dengan sebarang insiden yang berlaku di dalam sesebuah negara. Di Malaysia contohnya, agensi-agensi yang terlibat dalam operasi tersebut terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada SMART serta semua cawangan dalam organisasi PDRM. Selain dari operasi mencari dan menyelamat dalam sebarang bencana yang melibatkan penerbangan, pelayaran dan bencana alam, operasi ini juga sesuai digunakan oleh mana-mana pasukan elit sekiranya terjadi sebarang insiden tebusan yang mana nyawa tebusan perlu diselamatkan dari pihak musuh. Operasi perlu dirancang dengan teliti sebelum fasa serbuan dilakukan bagi mengelakkan sebarang ancaman yang tidak diingini yang dilakukan oleh musuh yang menggunakan tebusan bagi melindungi dirinya.

petikan dari WIKIPEDIA Melayu