Friday, March 26, 2010

Gugur daripada pandangan Allah swt

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah R.A., beliau berkata bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda, "Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar mereka akan diluputkan dari keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah swt," (Dipetik dari kitab Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim Tirmizi.)

Tuesday, March 2, 2010

Perbaharui Niat

Satu perkara yang nak dikongsikan bersama. Petikan dari kata-kata orang alim.

"Apabila seseorang hamba ingin memulakan sesuatu kebaikan, maka syaitan akan menghalanginya dengan berbagai cara dan menyyempitkan jalannya serta menimbulkan rintangan.

Jika halangan itu tidak berjaya, maka syaitan akan gunakan jalan lain iaitu merosakkan niat dan keikhlasan atau menyuntik perasaan ria' dan sum'ah (supaya dikenali). Dan sering juga mencabangkan maksud dan tujuan supaya timbul niat lain. Syaitan selalu berjaya dalam muslihat ini.

Maka ahli agama hendaklah awasi tipu daya ini dan sentiasa memeriksa niat kita. Niat hanya kerana Allah jangan bercampur dengan tujuan lainnya yang menyebabkan amalan tersebut tidak diterima"