Friday, August 27, 2010

Cermin Diri Baiki Hubungan


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Sudah lama tidak mencoret dalam blog ini memandangkan keterbatasan waktu.
Dalam bulan yang mulia ini, tergerak di hati untuk berkongsi sedikit pengalaman sewaktu bersuri dengan Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari. Seorang ulamak yang disegani. Pakar hadith, pakar al-Quran.Sehinggakan Universiti Al-Azhar ada mempelawa agar beliau bergabung dengan Al-Azhar di bawah Yayasan Al-Banjari. Pendukung Tarekat Syazili.

Disebabkan sewaktu itu isu Sheikh Abdul Wahid Salam Bali dan 2 kitab karangannya hebat diperkatakan, maka saya membuka mulut untuk bertanya pendapat Sheikh. Ini disebabkan berbagai pendapat telah dikeluarkan. Ada yang mengecam, ada yang menyokong dan ada yang hanya berdiam diri. Pada asalnya, saya ingat isu ini sudah tamat, jadi tak perlulah saya berkongsi isu ini. Tapi sejak kebelakangan ini, isu ini berbunyi lagi.

(p/s:sudah ada forumer yang jumpa Sheikh Nuruddin bertanyakan isu yang sama, ada diterangkan dalam blog sebelah)


Pada kesimpulannya, Sheikh Nuruddin membenarkan penggunaan kaedah Sheikh Abdul Wahid Salam Bali dalam rawatan. Begitu juga untuk 2 kitab karangannya, iaitu Wiqayatul Insan min al-Jinn wa al-Shaytan dan As Sorimul Battar fi at Tasoddi li as Saharati al Asyrar, Sheikh Nuruddin tidak menghalang penggunaan kedua-dua kitab ini. Insyallah kalau ingin penjelasan lanjut, keluarkan belanja, laburkan masa jumpa ulamak, bentangkan masalah supaya segalanya jelas. Agar tidak lagi kita menjaja isu2 yang akan memecah belahkan sesama kita. Jangan kita menjadi punca orang lain membuat dosa.

Sekarang jelaslah segalanya, tak usahlah lagi kita membuat keputusan sendiri untuk meghakim seseorang tanpa rujukan yang jelas. Ini akan membawa padah pada diri kita sendiri. Hentikanlah tuduh menuduh, hentam menghentam. Jagalah hati sesama Islam. Sekali terguris, sukar untuk diubati. Dosa dengan Allah swt boleh kita taubat dariNya, tetapi dosa sesama insan, kita perlu jumpa dan pohon maaf dari mereka. Adakah sudah cukup amal kita untuk merebut redha Allah bagi menghuni syurga-Nya?

KUBURKAN FITNAH, SUBURKAN MAHABBAH!!!

Wallahukalam...